SOAL JAWAB IBADAH KORBAN 2026/1447H
KORBAN 2026/1447H
KORBAN itu SEDEKAH. Semua daging yang anda amanahkan kami akan sumbangkan kepada muslim tempatan yang memerlukan.
Ibadah Korban ialah Ibadah sembelihan haiwan ternakan seperti unta, lembu dan kambing yang dilakukan pada hari raya Aidil Adha iaitu pada 10 Zulhijjah (selepas selesai solat sunat hari raya) dan pada hari-hari Tasyrik berikutnya iaitu pada 11, 12, 13 Zulhijjah bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Rujukan: Mughni Muhtaj, Jilid 4, Muka Surat : 376
Firman Allah SWT:
وَلِكُلِّ أُمَّةٍ جَعَلْنَا مَنْسَكًا لِيَذْكُرُوا اسْمَ اللهِ عَلَى مَا رَزَقَهُمْ مِنْ بَهِيمَةِ الأَنْـعَامِ
Maksudnya: “Dan bagi tiap-tiap umat itu, Kami syariatkan ibadah korban supaya mereka menyebut nama Allah sebagai tanda bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka; haiwan-haiwan ternakan yang disembelih itu…” (Surah Al-Hajj, Ayat 34)
Syarat melaksanakan Ibadah korban adalah seperti berikut:
- Beragama Islam
- Baligh
- Berakal
- Berkemampuan Merdeka (bukan golongan hamba)
Rujukan: Mughni Muhtaj, Jilid 4, Muka Surat : 376
Hukum melaksanakannya adalah SUNAT MU’AKKADAH – iaitu sunat yang sangat dituntut melakukannya
Rujukan: Mughni Muhtaj, Jilid 4, Muka Surat : 376
KORBAN WAJIB SEPERTI;
- Korban atas dasar Wasiat yang ditinggalkan oleh si mati
- Korban Nazar yang disandarkan pada sesuatu hajat.
Korban Ta’yin, iaitu korban yang diniatkan ke atas binatang tertentu.
Rujukan: Sabil Al-Muhtadin, Muka Surat 10
Tidak digalakkan melakukan ibadah korban ke atas orang yang telah meninggal dunia, kecuali berdasarkan wasiat yang pernah dibuat oleh simati.
Rujukan: Sabil Al-Muhtadin, Muka Surat 35
Tambahan: Adapun individu yang berpegang kepada pendapat yang mengharuskan korban ke atas orang yang telah meninggal dunia, pihak kami tiada masalah untuk melaksanakannya.
Boleh. Dengan tujuan mendidik anak melakukannya dan (dalam masa yang sama) ibubapa harus membimbing anak tersebut untuk berniat korban.
Satu (1) bahagian lembu korban hanya untuk satu (1) nama peserta sahaja, tidak boleh dikongsi dengan peserta lain.
Tetapi, tiada masalah jika peserta mendaftar 1 bahagian lembu atas 1 nama bagi mewakili ahli keluarganya dengan syarat peserta tersebut perlu berniat dan berdoa semoga pahala korban itu sampai kepada mereka.
Boleh. Tetapi harus mendapat keizinan daripada orang tersebut agar ia dapat berniat.
Contohnya: Seorang anak melaksanakan ibadah korban untuk ibu bapanya yang berada di kampung. Maka ibu bapanya perlu berniat melakukan ibadah korban tersebut.
Rujukan: Sabil Al-Muhtadin, Muka Surat 35
Jika hutang jangka panjang (long-term financial) seperti ansuran rumah, ansuran kereta dan sebagainya adalah tidak termasuk dalam kategori hutang yang dimaksudkan. Hutang yang membebankan diri sehingga tidak mampu untuk membeli makanan atau barangan asas hidup, maka tidak perlu untuk dia melakukan ibadah korban.
Tidak digalakkan, kerana daging tersebut disandarkan kepada sembelihan ibadah.
Sunat tidak memotong kuku, menggugurkan bulu-bulu dan disunatkan juga untuk berdoa bermula dari 1 Zulhijjah sehingga korban dilaksanakan.
Sabda Rasulullah SAW:
إِذَا رَأَيْتُمْ هِلَالَ ذِي الْحِجَّةِ وَأَرَادَ أَحَدُكُمْ أَنْ يُضَحِّيَ فَلْيُمْسِكْ عَنْ شَعْرِهِ وَأَظْفَارِهِ
Maksudnya: “Jika kalian melihat anak bulan Zulhijjah, kemudian ada diantara kalian yang ingin melakukan ibadah korban, maka hendaklah dia menahan diri daripada menggunting rambut dan memotong kukunya (HR Muslim : 1977)
Boleh. Bergantung kepada kemampuannya.
Perlu, kerana umat islam disunatkan melaksanakan ibadah korban pada setiap tahun.
Boleh. Jika sekiranya telah hampir waktu hari raya korban, lebih baik mendahulukan ibadah korban berbanding akikah kerana ibadah korban berlaku hanya sekali dalam setahun dan tempohnya terhad kepada 4 hari iaitu 10-13 Zulhijjah sahaja.
Manakala ibadah akikah boleh dilaksanakan pada bila-bila masa sepanjang tahun. Tetapi jika berkemampuan boleh melaksanakan kedua-duanya sekali.
Ibadah Korban yang dilaksanakan di tempat (qariah) sendiri, menyembelih atau melihat sembelihan korban itu sendiri dan mengagihkannya sendiri. Sebaik-baik haiwan korban adalah yang paling banyak dagingnya. Haiwan korban yang terbaik ialah unta, diikuti lembu dan kambing
Sunat menyembelih haiwan ternakan (Bahimatul An’am) untuk tujuan korban antaranya ialah Unta, Lembu, Kerbau, Kambing dan Biri-Biri.
Firman Allah SWT:
وَلِكُلِّ أُمَّةٍ جَعَلْنَا مَنْسَكًا لِيَذْكُرُوا اسْمَ اللهِ عَلَى مَا رَزَقَهُمْ مِنْ بَهِيمَةِ الأَنعَامِ
Maksudnya: “Dan bagi tiap-tiap umat itu, Kami syariatkan ibadah korban supaya
mereka menyebut nama Allah sebagai tanda bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka; haiwan-haiwan ternakan yang disembelih itu…” (Surah Al-Hajj, Ayat 34)
Antara syarat sah bagi haiwan korban ialah tidak cacat dan tidak berpenyakit.
- Haiwan ternakan itu telah mencapai satu tahap minimum umur, iaitu:
- Unta : berumur lima (5) tahun masuk tahun keenam (6)
- Lembu / Kerbau : berumur dua (2) tahun masuk tahun ketiga (3)
- Kambing : berumur dua (2) tahun masuk tahun ketiga (3)
- Biri-biri : berumur satu (1) tahun masuk tahun kedua (2), ataupun telah bersalin gigi hadapan.
Rujukan: Garis Panduan Pelaksanaan Ibadah Qurban – JAKIM, Muka Surat 11.
Info Tambahan: Haiwan ternakan itu bebas daripada sebarang penyakit, tidak cacat, sama ada tempang, buta, telinga koyak, patah sebelah tanduk, cedera pada tubuh badan, kurus sehingga tidak mempunyai lemak, atau kecacatan yang lain sepertinya.
KUTMB bekerjasama dengan EZ Qurban yang berpengalaman selama 15 tahun menguruskan pelaksanaan ibadah korban dan akikah di luar negara. EZ Qurban Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang berdaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan no. pendaftaran (768010-D). Mereka merupakan pemegang pensijilan ISO 9001:2015 – Sistem Pengurusan Kualiti dan MS 1900:2014 – Sistem Pengurusan Kualiti Berasaskan Syariah yang mana pensijilan ini memastikan kualiti pengurusan terjamin.
Selain itu mereka juga melantik Amanah Warisan Berhad (AWARIS) iaitu sebuah Institusi Amanah yang diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia bagi memantau setiap aliran kewangan dan aktiviti pengurusan EZ Qurban.
EZ Qurban telah menerima anugerah Jabir Ibn Hayyan (Emerging Brand of the Year) bagi kategori “PEOPLE CHOICE AWARD” oleh Majlis Dakwah Negara serta anugerah THE WORLD BEST HALAL BRANDS 2021 oleh THE BRANDLAUREATE AWARD.
- Satu (1) Bahagian Lembu : RM 320
- Satu (1) Ekor Lembu : RM 2,240
- Satu (1) Ekor Kambing : RM 580
KORBAN LUAR NEGARA
Kami membeli haiwan ternakan di negara-negara pembiak lembu & kambing. Dan kebiasaannya kami membeli secara terus dari penternak dan akan berlaku penawaran jika dibeli dalam kuantiti yang banyak.
KORBAN MALAYSIA
Malaysia bukanlah negara pembiak haiwan lembu dan kambing secara besar-besaran. Kebanyakan haiwan diimport dari luar negara. Itulah yang menyebabkan harganya lebih tinggi berbanding luar negara.
Kami membeli haiwan ternakan di negara-negara penternak lembu & kambing. Dan kebiasaannya kami membeli secara terus dari penternak dan akan berlaku penawaran jika dibeli dalam kuantiti yang banyak.
Kami melaksanakan Ibadah Korban di luar negara. Antara negara-negara pelaksanaan ialah di (ASIA) Indonesia, Kemboja, Sri Lanka, India, Bangladesh (AFRIKA) Chad, Kenya, Burkina Faso, Uganda, Ghana
Kami memberi peluang kepada para pelanggan dalam melaksanakan ibadah korban di luar negara dengan penawaran harga perkhidmatan yang MAMPU LAKSANA demi untuk menggalakkan umat islam di Malaysia agar tidak terlepas daripada menyertai ibadah korban.
Peserta tidak digalakkan memilih tempat pelaksanaan. Tempat pelaksanaan akan ditentukan oleh pihak pengurusan bagi mengelakkan berlaku lambakan haiwan sembelihan dan akan menyukarkan pihak pengurusan untuk membuat pengagihan haiwan korban ke negara pelaksanaan.
|
Tambahan : Sebaik-baik haiwan korban itu yang paling banyak dagingnya, tapi berat & besar bukan asbab menjadikan korban itu tidak sah. |
KUTMB tiada ladang ternakan sendiri. Tetapi kami mendapatkan lembu dan kambing dari pembekal tempatan di luar negara dengan kerjasama daripada pihak EZ Qurban Sdn. Bhd.
Tiada. Kami hanya menyediakan perkhidmatan sembelihan korban di luar negara sahaja.
Kedua-duanya.
Tambahan : Jantina haiwan bukanlah menjadi syarat samada korban itu sah atau tidak
Tiada ketetapan jumlah haiwan untuk seorang peserta korban. Memadai 1 bahagian lembu korban.
Tertakluk kepada situasi dan penduduk masyarakat setempat. Kebiasaannya daging korban akan diagihkan secara mentah. Jika ada keperluan untuk menganjurkan sesuatu program, maka sebahagian daging tersebut akan dimasak.
Kami akan menyediakan bukti perlaksanaan dalam bentuk video sahaja untuk peserta yang membuat pendaftaran awal.
Korban akan dilaksanakan pada hari raya pertama dan 3 hari tasyrik berikutnya (10-13 Zulhijjah).
Untuk mendapatkan tarikh spesifik, peserta boleh akses “Sistem Semak Status Korban 1443H” di Laman Web https://ezqventures.com/semak/semak-penyertaan.php dalam tempoh 7 hari selepas selesai Korban.
Bagi peserta KUTMB, kami sarankan untuk menjaga amalan sunat sehingga selesai hari tasyrik. Peserta boleh merujuk laman Semak Status di https://ezqventures.com/semak/semak-penyertaan.php untuk tujuan pengesahan tarikh dan status pelaksanaan Korban.
Walau bagaimanapun, amalan tersebut adalah sunat semata-mata dan tidak menjejaskan ibadah korban.
Sijil Pengesahan Korban (E-sijil) boleh dimuat turun di Sistem Semak Status dalam tempoh 2 minggu selepas pelaksanaan Korban.
Tarikh tutup penyertaan Korban 1443H adalah pada 06 Julai 2022.
KUTMB tidak pernah melantik mana-mana ejen jualan atau ejen persendirian untuk melakukan kutipan bagi pendaftaran korban.
Kami ada melantik wakil tetap disetiap negara perlaksanaan untuk menguruskan proses pembelian haiwan, sembelihan dan agihan mengikut SOP yang telah tetapkan. Kami juga akan menghantar wakil dari Malaysia untuk membuat pemantauan bagi memastikan pelaksanaan Korban berjalan dengan lancar.
Definisi:
Bai’ As-Salam بيع السلم atau As-Salafالسلف menurut bahasa arab bermaksud mendahulukan atau pendahuluan. Di dalam kitab Al-Fiqh Al-Manhaji ‘ala Mazhab Al-Imam As-Syafi’e, Bai’ As-Salam didefinasikan sebagai: Menjual sesuatu yang dinyatakan sifat-sifatnya dalam tanggungan dengan lafaz As-Salam atau As-Salaf.
Firman Allah SWT:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا تَدَايَنْتُمْ بِدَيْنٍ إِلَى أَجَلٍ مُسَمًّى فَاكْتُبُوهُ
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang-piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu.” (Surah Al-Baqarah : 282)
Diriwayatkan bahawa ketika Nabi SAW tiba di Madinah, dalam keadaan penduduk Madinah mengamalkan jual beli Salam dalam jual beli buah-buahan untuk tempoh setahun atau dua tahun.
Lalu Baginda SAW bersabda:
مَنْ أَسْلَفَ فِي شَيْءٍ فَفِي كَيْلٍ مَعْلُومٍ وَوَزْنٍ مَعْلُومٍ إِلَى أَجَلٍ مَعْلُومٍ
Maksudnya: “Sesiapa yang menjual beli sesuatu secara salaf (salam), hendaklah dia lakukan jual beli salaf (salam) dengan sukatan yang termaklum dan timbangan yang termaklum bagi tempoh yang juga termaklum” Riwayat Al-Bukhari (2125) dan Muslim (1604)
Berdasarkan dalil-dalil di atas menunjukkan bahawa jual beli Salaf atau Bai’ As-Salam adalah sah menurut syarak sepertimana yang dijelaskan dalam kitab Al-Fiqh Al-Manhaji ‘ala Mazhab Al-Imam As-Syafi’e.
Secara ringkasnya, Bai’ As-Salam ialah pembelian secara tertangguh dimana pelanggan membayar wang RM terlebih dahulu, dan perkhidmatannya akan dapat kemudian.
Ada, kami menyediakan skrip lafaz akad di setiap medium pendaftaran dalam bentuk teks dan lisan (melalui panggilan atau di kaunter Unit Pembangunan Perniagaan Tingkat 1, Bangunan Koperasi UTM Berhad).
Ya memadai. Transaksi yang berlaku ada ijab dan qabul, iaitu persetujuan antara pembeli dan penjual samada secara lafaz ataupun melalui tulisan. Terdapat bacaan akad pada borang penyertaan KUTMB.
Boleh datang ke kaunter Unit Pembangunan Perniagaan (Tingkat 1) di Pejabat Koperasi UTM Berhad (KUTMB).
Akad perwakilan perlu dibuat bagi orang yang mewakilkan pelaksanaan ibadah korban kepada urusetia program korban. Apabila terjadinya ijab & qabul, maka berlakulah persetujuan antara pembeli dan penjual samada secara lafaz ataupun melalui tulisan.
Lafaz Akad sekiranya ingin nyatakan Ez Qurban:
Saya (nama peserta) / wakil kepada (nama peserta yang diwakilkan) bersetuju untuk membeli (jumlah haiwan) Korban secara Bai’ As-Salam di KUTMB dan menyerahkan pelaksanaannya kepada urusetia program EZ Qurban pada tahun ini kerana Allah Ta’ala
Lafaz Akad sekiranya tidak ingin nyatakan Ez Qurban:
Saya (nama peserta) / wakil kepada (nama peserta yang diwakilkan) bersetuju untuk membeli (jumlah haiwan) Korban secara Bai’ As-Salam dan menyerahkan pelaksanaannya kepada urusetia program KUTMB pada tahun ini kerana Allah Ta’ala