Skip to content

🎉𝙈𝘼𝙅𝙇𝙄𝙎 𝙋𝙀𝙍𝘼𝙎𝙈𝙄𝘼𝙉 𝙃𝘼𝘽 𝙀𝙕 𝙌𝙐𝙍𝘽𝘼𝙉 𝙕𝙊𝙉 𝙎𝙀𝙇𝘼𝙏𝘼𝙉 🎉

Alhamdulillah, 𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐬𝐦𝐢𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐛 𝐄𝐙 𝐐𝐮𝐫𝐛𝐚𝐧 𝐙𝐨𝐧 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐭𝐚𝐧 telah berlangsung dengan penuh jayanya di 𝐊𝐨𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐔𝐓𝐌 𝐁𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝. Majlis ini telah disempurnakan oleh 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐒𝐊𝐌, 𝐓𝐮𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐡𝐳𝐚𝐧 𝐛𝐢𝐧 𝐍𝐨𝐨𝐫𝐝𝐢𝐧, yang turut menzahirkan sokongan terhadap inisiatif EZ Qurban dalam memperluaskan akses kepada perkhidmatan ibadah Qurban di Zon Selatan. Dengan pembukaan 𝐇𝐚𝐛 𝐄𝐙 𝐐𝐮𝐫𝐛𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐊𝐨𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐔𝐓𝐌 𝐁𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝, masyarakat kini mempunyai akses yang lebih mudah dan sistematik untuk menunaikan ibadah Qurban. 

Kerjasama strategik ini membolehkan penyertaan Qurban dilakukan dengan lebih lancar, selamat, dan diyakini, seiring dengan prinsip ketelusan dan amanah yang menjadi keutamaan kami. 𝐄𝐙 𝐐𝐮𝐫𝐛𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮𝐢 𝐊𝐨𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐔𝐓𝐌 𝐁𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝 komited dalam menyediakan platform yang lebih mesra pelanggan serta memudahkan urusan Qurban bagi individu, institusi, dan organisasi yang ingin melaksanakan ibadah ini dengan penuh keberkatan.

Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada 𝐬𝐞𝐦𝐮𝐚 𝐩𝐢𝐡𝐚𝐤 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐲𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐢𝐧𝐢, termasuk tetamu kehormat, rakan strategik, dan seluruh hadirin. Semoga dengan adanya hab ini, lebih ramai dapat menunaikan ibadah Qurban dengan sempurna dan membawa manfaat kepada ummah.

𝗧𝗮𝘄𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗜𝘀𝘁𝗶𝗺𝗲𝘄𝗮 𝗦𝗲𝗺𝗽𝗲𝗻𝗮 𝗣𝗲𝗹𝗮𝗻𝗰𝗮𝗿𝗮𝗻

Bersempena perasmian ini, EZ Qurban menawarkan 𝐩𝐨𝐭𝐨𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐡𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐑𝐌𝟑𝟎 bagi setiap pendaftaran pakej korban global dan lokal, khas buat 𝐩𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐠𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐝𝐚𝐟𝐭𝐚𝐫 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐊𝐔𝐓𝐌𝐁 𝐬𝐚𝐡𝐚𝐣𝐚. Tawaran sah bermula hari ini, 𝟑 𝐅𝐞𝐛𝐫𝐮𝐚𝐫𝐢 𝐬𝐞𝐡𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚 𝟑𝟎 𝐌𝐚𝐜 𝟐𝟎𝟐𝟓 (𝐀𝐤𝐡𝐢𝐫 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐚𝐧).

Majlis pelancaran ini turut dihadiri oleh tetamu kehormat serta wakil koperasi dan persatuan dari seluruh Johor, di samping kehadiran kakitangan EZ Qurban yang turut serta dalam memeriahkan suasana. Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai pelaksanaan ibadah Qurban melalui Koperasi UTM Berhad, hubungi kami di talian Unit Ibu Pejabat : 010-550 4935⁩ 

#EZQurban #HabZonSelatan #KoperasiUTMBerhad #IbadahQurban #PerasmianEZQurban