LATAR BELAKANG
Koperasi UTM Berhad (KUTMB) telah sekian lama menyediakan kemudahan perkhidmatan Akikah dan Korban kepada anggota melalui kerjasama bersama EZ Qurban. Dengan izin Allah, KUTMB kini secara rasmi telah dilantik sebagai Hub EZ Qurban Zon Selatan. Pelantikan ini mengukuhkan lagi peranan KUTMB dalam memastikan setiap pelaksanaan ibadah Akikah dan Korban anggota berjalan dengan lancar, patuh syariah, serta diuruskan dengan penuh amanah. Kami sentiasa komited untuk menawarkan perkhidmatan yang mudah, berpatutan dan diyakini, agar anggota dapat menunaikan ibadah dengan tenang dan sempurna.
EZ Qurban Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang berdaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan no. pendaftaran (768010-D). Mereka merupakan pemegang pensijilan ISO 9001:2015 – Sistem Pengurusan Kualiti dan MS 1900:2014 – Sistem Pengurusan Kualiti Berasaskan Syariah yang mana pensijilan ini memastikan kualiti pengurusan terjamin.
Selain itu mereka juga melantik Amanah Warisan Berhad (AWARIS) iaitu sebuah Institusi Amanah yang diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia bagi memantau setiap aliran kewangan dan aktiviti pengurusan EZ Qurban.EZ Qurban telah menerima anugerah Jabir Ibn Hayyan (Emerging Brand of the Year) bagi kategori “PEOPLE CHOICE AWARD” oleh Majlis Dakwah Negara serta anugerah THE WORLD BEST HALAL BRANDS 2021 oleh THE BRANDLAUREATE AWARD.
KOPERASI UTM BERHAD
NO. 16 A, Jalan Besi 2,
Taman Sri Putri,
81300 Skudai, Johor.
Whatsapp : 010-550 4935
Pejabat : 07-554 3180